Wednesday, June 24, 2009

Seman yang bijak dan pandai

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya pada diri kepada pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdri dan berkata, " Nama saya Abu bin Ali. Saya nak jadi Pilot, boleh bawa kapal terbang besar".

"bagus Abu. Terima Kasih. Siapa lagi?" Tanya guru.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi, berdiri dan berkata," Nama saya Siti binti Amin. Kalau besar nanti, siti nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel."

"Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?"

Seman berdiri dan berkata, " Saya Seman bin Leman. Bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya....!!!"

0 comments:

Post a Comment